Menu
Showing posts with label Tips Mendidik Anak. Show all posts
Showing posts with label Tips Mendidik Anak. Show all posts


Kita mudah sangat rasa geram dan marah pada kanak-kanak yang tak reti duduk diam, tak kiralah sama ada anak sendiri atau anak orang lain.
"Hishh budak ni terlompat sana, terlompat sini. Baru duduk sekejap dah berlari. Mak dia ni tak tau ajar ke anak duduk diam." marah kita dalam hati bila ada kanak-kanak yang tak reti duduk diam di tempat awam.
Kalau anak sendiri yang berperangai sedemikian, kita pun akan tegur dan marah mereka supaya duduk diam seketika. Namun ia bagaikan bercakap di angin lalu sebab anak tetap dengan karektornya yang lasak dan aktif. Aduh pening kepala!
Jangan marah atau cepat melabel anak jenis tak reti duduk diam ini sebagai nakal dan tak makan saman tapi fahami dulu karektor mereka dan sebenarnya mengapa mereka tak reti duduk diam.
Semoga penerangan dari Dr.Taufiq Razif dapat membuka minda ibu ayah dan masyarakt sekeliling terhadap kanak-kanak yang aktif, lasak dan tak tahu duduk diam. Mereka bukan tak boleh berjaya cuma perlukan cara didikan yang betul dan kena dengan caranya, InsyaAllah mereka akan cemerlang dunia dan akhirat.
APA ITU KECERDESAN KINESTETIK?
Kecerdasan kinestetik ataupun biasa disebut Body Smart ni adalah kemahiran dan bakat yang sangat istimewa. Cuma yang sedihnya ramai anak dengan bakat ni disebut sebagai anak nakal dan juga anak yang tak reti duduk diam.
Bukan!
Anak yang ada kecerdasan kinestetik ni memang belajar dan meneroka dunia melalui pergerakan tubuh dan anggota badan. Anak yang tinggi Kinestethic Intelligence ni disebut dengan Tactile Learners.
Si comel kita yang tak reti duduk diam tu kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, belari, berjoget dan berguling-guling untuk menukarkan informasi dan ilmu tu kepada memori yang tertanam kukuh dalam otak mereka.
SUSAH FOKUS KALAU KENA DUDUK DIAM JE
Ibu bapa dan cikgu pun perlu faham yang seorang anak yang mempunyai kecerdasan Kinestetik yang tinggi ni memang susah nak belajar hanya melalui kuliah,ceramah dan demonstrasi yang mana mereka terpaksa duduk diam je. Mereka memang tak boleh! Mereka jadi bosan dan muram! Jadi kalau nak mereka belajar, kena bagi mereka aktiviti yang membuatkan mereka bergerak.
Banyak ciri-ciri anak yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi ni antaranya mereka suka aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berenang, naik basikal, melempar bola, tangkap bola dan berlari. Mereka jenis yang sensitif dengan persekitaran mereka, mereka menghargai tekstur benda yang dipegang, mereka tak takut pun tangan mereka kotor dengan debu dan tanah dan juga mereka suka sangat cabaran fizikal bila buat sesuatu.
Nak senang, tengok je anak kita ni jenis camne. Kalau jenis tak reti duduk diam kalau belajar, suka panjat-panjat kerusi, suka berlari sana sini, suka naik dan panjat tangga dan suka menari tu ada kemungkinan besar anak kita tu jenis yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi la tu.
Jangan main-main dengan anak yang ada kecerdasan kinestetik yang tinggi ni. Kalau digilap dengan cermat suatu hari nanti mereka berpotensi untuk menjadi seorang atlet sukan yang tangkas hingga la kepada pekerja yang cekap dan mahir. Jangan pandang rendah pada bakat dan kecerdasan terpendam anak kita ye.
Sumber: taufiqrazif.com
0


Anak suka memanjat bukanlah satu tanda yang menunjukkan anak ada masalah tapi ia adalah salah satu skil yang penting dalam perkembangan motor kasar. Selalunya skill memanjat ini akan bermula sejak anak mula belajar merangkak semasa umur 7-10 bulan.
Bagaimanapun, kebanyakan mak ayah sibuk bekerja waktu siang bila balik rumah dah penat tak larat nak bawa anak ke taman. Jadi, anak tak ada cara lain untuk memenuhi keperluan deria vestibular selain memanjat di dalam rumah.
Tapi mak ayah....
1. Anak nak naik turun tangga dirumah dihalang sebab takut anak jatuh, tak pun di dukung terus. Ada kes yang saya terima, ada yang umur 2 tahun tak pernah diberi naik tangga.
2. Anak nak panjat grill rumah, kena marah siap kena rotan.
3. Anak panjat sofa, kena marah sebab takut sofa rosak.
4. Anak panjat meja, kena marah takut jatuh.
5. Anak nak panjat tangga gelongsor ditaman, mak ayah kata "esok, esok" tapi tak ada juga bawa. Bila anak merengek nak keluar ke taman, mak ayah buka tv dan beri gajet untuk hilangkan "kempunan" memanjat anak.
Jadi, bila masanya anak nak belajar memanjat?
Macam mana anak nak belajar mengenal ketinggian dengan betul sekiranya tak diberi kebebasan memanjat ataupun tak pernah memanjat?
Ramai klien saya yang mengadu anak suka memanjat, ada yang sehingga umur 5 tahun. Apabila melalui ujian penilaian, kebanyakannya ada masalah hyposensitif atau hypersensitif terhadap deria vestibular yang menyebabkan masalah-masalah lain berkaitan pergerakan dan keseimbangan diri seperti:
1. Mudah terjatuh kerana tidak boleh mengagak ketinggian lantai.
2. Mengelak/Tak nak duduk di buaian.
-Takut apabila kaki tak jejak tanah.
3. Lambat/ perlu bantuan pemegang tangga semasa naik turun tangga walaupun sudah umur 5 tahun.
-Perlu tengok dan teliti setiap anak tangga.
4. Takut untuk duduk di mangkuk tandas, menyukarkan proses belajar bebas diaper.
-Nampak lubang tandas terlampau dalam macam nak makan orang.
5. Takut untuk lintas longkang walaupun longkang yang kecil.
6. Takut/tak takut terhadap ketinggian.
-Gayat atau tidak ada perasaan gayat.
7. Mudah mabuk dengan kenderaan bergerak.
-Sensitif terhadap pergerakan.
8. Suka pusingkan diri sendiri.
-Tercari-cari rangsangan deria vestibular dan sukakan pergerakan.
9. Tidak pandai melompat di usia atas 3 tahun.
-Gayat dan tidak pandai seimbangkan diri.
10. Kaki berpaut kuat di kaki kerusi semasa duduk di atas kerusi.
-Gayat.
11. Perlu bersandar untuk memakai seluar walaupun di usia 5 tahun ke atas.
-Masalah terhadap keseimbangan diri.
Di atas ini adalah tanda-tanda yang berpunca daripada masalah deria vestibular. Jika anak ada masalah diatas dan suka memanjat, maksudnya keperluan memanjat anak belum cukup lagi. Anak masih belum yakin dengan ketinggian, sebab itu dia akan cuba, cuba dan cuba lagi dengan cara memanjat. Selalunya bila anak sudah yakin dengan ketinggian dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri perasaan nak memanjat itu akan berkurang melainkan ada masalah lain.
Jika kita terlampau sekat keperluan anak, ini tak boleh atau itu tak boleh memang ia akan mengganggu perkembangan anak kalau bukan masalah perkembangan motor kasar, kadang-kadang akan timbul masalah skill percakapan.
Mungkin orang lain nampak skill memanjat ini remeh tapi bagi saya, ia sangat bagus untuk perkembangan anak iaitu:
1. Skill urus diri
Apabila pakai seluar anak perlukan deria vestibular yang bagus untuk seimbangkan diri menggunakan 1 kaki. Ada yang kata, tak apa sebab anak pakai seluar secara duduk. Tapi sampai bila nak duduk? Nanti ke sekolah, takkan nak pakai seluar duduk di tandas?
2. Deria sendi
Apabila memanjat secara tak langsung anak akan dapat "deep pressure" di telapak tangan dan jari-jari. Sangat penting untuk skil motor halus yang digunakan dalam seharian seperti memakai butang baju, makan nasi menggunakan tangan dan sudu dan skil menulis.
3. Motor kasar
Yang digunakan untuk naik turun tangga dan skil bermain, menyepak bola dan bermain tenteng.
Sumber: Maryam Jamadi (Terapis Carakerja)
0


Bila anak buat salah, kebanyakan ibu bapa akan marah dan tengking. Itu memang normal! Jarang yang dapat sabar bila berhadapan dengan situasi anak buat perangai yang tak masuk akal.

Tapi lepas dah puas marah, barulah kita nak menyesal dan kesian pada anak. Masa tu dah terlambat kerana kesan daripada tengkingan dan kena marah itu mungkin berpanjangan sampai bila-bila dalam hati kecil si anak.

Jadi, renung-renungkanla ya wahai ibu ayah. Sebelum melepaskan marah dan menengking anak baik kita ambil tahu dulu apa kesan bahayanya pada anak seperti dikongsikan oleh Dr.Taufiq Razif yang juga hampir-hampir nak tengking anak kecilnya kerana buat perangai. Mujur tahap kawalan emosinya sangat kuat.

Bahaya Tak Tengking Anak?

Tadi saya hampir tengking anak saya. Mana tak geram kan bila si Maryam Soolihah ni dengan penuh najis di lampin pergi mandi bawah shower dengan berpakaian lengkap!

Lebih haru biru lagi dia keluar masuk bilik air sambil bawa air kat mulutnya dan ludah air tu kat atas lantai ruang tamu. Nak bersihkan lantai katanya! Dah la mertua nak datang dua tiga minit je lagi ni!

Tepuk dahi!

Hati menggelegak kepanasan tapi saya tahu kalau saya tengking si Maryam Soolihah ni memang efek buruknya boleh sampai ke tua nanti. Ada 2 efek buruk yang boleh berlaku :

1. Efek pada diri saya : Saya sendiri yang akan menyesal nanti dan lama kelamaan boleh menyebabkan stres yang kronik kalau benda ni berterusan. Mak ayah yang suka tengking ni menunjukkan bahawa kawalan emosi diri tu tersangat la lemah. Saya taknak jadi ayah yang lemah kawalan emosi sebab saya tahu ayah yang lemah kawalan emosi biasanya ditakuti tapi kurang dihormati oleh anaknya sendiri.

2. Efek pada anak : Anak yang selau ditengking ni biasanya akan rasa tak selamat, rasa kurang disayangi, rasa rendah diri dan biasanya nanti akan sangat susah dibentuk dan dikawal. Efek jangka pendek memang la nampak anak tu jadi patuh tapi tu sebab dia takut je bukannya sebab dia faham.

Sampai satu tahap tengkingan ni boleh jadi penderaan emosi tau. Kenapa? Kali pertama dan kali kedua tengking memang diorang akan takut sangat tapi kalau dah jadi kebiasaan, tengkingan biasa takkan jalan dah. Jadi mak ayah akan cari jalan supaya tahap tengkingan tu boleh jadi lebih berbisa dan lebih ditakuti si anak!

Akhirnya jadilah penderaan emosi secara verbal ( verbal abuse ). Anak-anak jadi makin pendiam, suasana rumahtangga jadi suram, anak-anak pun jadi kurang kreatif dah sebab dah trauma nak buat apa-apa. Akhirnya, sama ada anak tu sendiri yang rosak emosinya ataupun dia sendiri yang akan menjadi perosak emosi adik beradik dan kawan-kawan di sekelilingnya suatu hari nanti!

Sumber: Taufiq Razif
0


Kanak-kanak di usia dua hingga enam tahun kebanyakannya mempunyai dunia imaginasi sendiri dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi.

Selain itu, keadaan biasa yang mungkin anda hadapi adalah anak-anak akan bercakap berseorangan. Perkembangan ini menunjukkan peringkat perkembangan anak semakin berubah dan mereka mula memahami keadaan sekeliling.Bagaimanapun,keadaan ini turut memberi kerisauan buat ibu bapa.
Sebenarnya, keupayaan bercakap kanak-kanak adalah berbeza. Bagi anak yang berusia 4 tahun mereka sudah memiliki kemampuan untuk meneroka dan bermain dengan objek kegemarannya.
Apabila bermain mungkin anda sering dengar anak-anak bercakap seorang diri.Menurut pakar, kanak-kanak berumur 4 tahun mempunyai daya imaginasi tinggi, suka mencuba sesuatu yang baru sehingga sampai satu tahap ada perkara yang mereka lakukan diluar kotak fikiran ibu bapa.
Dalam kes ini anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau. Tabiat ini adalah proses untuk anak mempersiapkan diri untuk berkomunikasi dengan persekitaran luar. Di samping itu, tabiat bercakap seorang diri tidak hanya terdapat pada kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga ada yang mengalaminya.

Bercakap bersendirian sebenarnya merupakan faktor penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan berkait rapat dengan keupayaan kanak-kanak untuk mengawal dirinya.

Apabila Imaginasi Kanak-Kanak Sering Dikaitkan Dengan Mainan

Pada umur 4 tahun anak dah pandai menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Anda akan mendapati anak bercakap dengan diri sendiri sambil memegang objek seperti mainan. Kadang-kadang mereka akan bercakap dengan mainan dan menceritakannya.Tetapi jika anak bercerita tanpa memegang objek atau hanya membayangkan sahaja ia dipanggil pseudoscience fantasi.

Imaginasi watak kegemaran

Jika anak anda sering membayangkan watak-watak kegemarannya seperti hero dalam cerita kartun ia tidak menjadi masalah tetapi yang perlu dirisaukan adalah apabila anak berkhayal tanpa watak kegemaran bahkan anda juga tidak tahu maka mungkin ini adalah pseudoscience fantasi.

Imaginasi biasa

Imaginasi biasa dikategorikan jika anak anda bermain dengan mainan kegemaran dan tidak merasakan kegembiraan atau ketakutan. Malah bayi anda akan berhenti apabila bosan. Tetapi jika kanak-kanak mempunyai imaginasi pseudoscience ia akan cenderung menangis dan takut.
Untuk pengetahuan ibu bapa,tabiat kanak-kanak yang bercakap sendiri akan hilang dengan sendirinya seiring dengan usia kanak-kanak apabila dah mula memasuki alam persekolahan.
 
0



Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap.
Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.
Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.

Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
\
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Jadikan al-Quran sebagai rujukan rutin wajib dalam mencari maklumat mendidik anak-anak.


World #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak manakala Merdeka #QuranHour bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka.
0


Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Bagi mereka yang pernah bergelar ibu, pasti mereka mengakui bahawa tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa perasaan seorang ibu terhadap anaknya.

Namun kadangkala, perasaan yang terlampau sayang akan membawa kita ke arah terlalu memanjakan anak, lantas membuatkan kita membesarkan mereka dalam keadaan yang salah.

Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian, dan bertegas dengan hati sendiri dalam membesarkan anak-anak:

1. Ajarkan dia mengekspresi perasaan
Anak anda mungkin selalu menangis kerana marah atau ketakutan. Jelaskan kepadanya bahawa perasaan-perasaan itu adalah satu cetusan dan beritahunya apa yang perlu dibuat. Bincangkan juga mengenai perasaan anda dengannya.

Apabila dia membesar, dia akan tahu perbezaan di antara marah, kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan. Dan dia juga akan tahu bagaimana untuk mengendalikan emosinya, serta ‘melepaskannya’ dengan cara yang betul.

2. Ajarkan dia membersihkan diri sendiri, memasak, membasuh baju dan menggosok bajunya sendiri
Walau apa-apa pun yang akan terjadi pada suatu masa nanti, pada masa itu, pasti dia akan rasa sangat bertuah kerana anda melatih dia supaya berdikari sejak dari waktu kecil lagi.

3. Bacakan kepadanya dan membaca dengannya
Benar, kanak-kanak akan menjadi seorang pencinta buku apabila duduk di riba anda, sambil melihat anda membaca. Beritahunya apakah buku yang anda suka baca dan watak-watak kegemaran anda. Jelaskan  kepadanya kenapa pentingnya untuk membaca.

Amalkan membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah semasa menemani anak melakukan aktiviti ini. Yang paling penting, jelaskan pengajaran berguna yang harus dia teladani.

4. Yakinkan dia untuk mencapai perkara yang hebat
Bijak, berani, kuat, berbakat, jujur. Ceritakan kepadanya tokoh-tokoh yang hebat; penulis, pengembara, saintis, ulamak, pemimpin dan sebagainya.

Ceritakan kepada dia bagaimana mereka ini hidup, apa yang mereka buat dan apa yang mereka telah berjaya capai. Dan bagaimana kecantikan dalaman di dalam diri seseorang adalah jauh lebih penting daripada apa yang ditonjolkan pada luaran.

5. Jadi contoh kepadanya
Jadilah superhero kepada anak kita, jadilah contoh ikutan. Perkara ini akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita perlu mengeluarkan sepatah ayat pun.

Walau bagaimanapun, anda harus tetap menunjukan kepada anak kecil anda betapa cantik, bijaksana dan jujurnya diri anda.

Bagi mereka, anda adalah manusia paling sempurna, paling ideal dan yang akan menjadi kayu ukur kepada insan-insan lain yang akan datang ke dalam kehidupan mereka.

6. Ajarkan perilaku yang baik
Ajarkan anak kita dengan ucapan ‘tolong’ dan terima kasih’. Ajarkan juga kepadanya agar tidak lokek untuk menawarkan pertolongan, menjadi pemurah dan suka berbuat kebaikan.
InsyaaAllah, perkara ini walaupun kecil, akan memberi sumbangan yang besar kepada dunia. Pasti ganjaran pahala besar menanti anda.

7. Letakkan Allah dalam hatinya sebagai tempat bergantung
Anak-anak kita pasti akan mengalami ketakutan dan kepenatan, kesakitan dan kesedihan, berkali-kali dalam sepanjang kehidupannya.

Adakalanya, disaat dia memerlukan anda, anda tidak mampu untuk berada dekat  disisinya.
Oleh itu tanamkan tempat bergantungan dalam hatinya, iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Ini akan membuatkan hidupnya terus berjalan, walaupun semangatnya telah lemah.

Apabila mereka telah faham ini, mereka tidak akan sesekali rasa kesorangan. Dia ada Allah sebagai tempat bergantung dan meletakkan keyakinan.

8. Ajarkan mereka untuk berlembut
Semaikan rasa kasih sayang dan perasaan berlembut mereka dengan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan haiwan, dengan bunga, dan dengan perasaan orang lain.

Semaikan perasaan berkasih sayang sesama makhluk. Semoga anak kita dibesarkan dalam perasaan yang penuh kasih dalam dirinya.

9. Tunjukkan minat kepada hobi mereka
Ibu bapa yang baik akan mengambil tahu tentang pasukan bola kegemarannya, belajar lagu kegemarannya. Hadirkan diri anda secara aktif dalam hidupnya.

Bukannya hanya memerhatikan gelagat anak kita dari jauh. Hati anak akan lebih terkesan apabila dia mengetahui bahawa ibu bapanya menyokong minatnya.

10. Buat aktiviti diluar rumah bersama
Tutup TV, simpan konsol video game, dan tinggalkan telefon bimbit anda. Keluarlah bersiar-siar dengan anak anda dan biarkan kemana sahaja dia mahu pergi. Perhatikan reaksi mereka dan berkomunikasilah dengan mereka.

Pasti anda merasakan kebahagiaan apabila dapat mengisi masa dengan anak dan melihat mereka membesar didepan mata.

11. Sentiasa menjadi ‘rumah’ kepadanya
Semasa anak kecil kita sedang belajar berjalan, secara tak stabil dia hanya akan melangkah pergi beberapa langkah dari anda – dan kemudian dia akan kembali.

Kemudian apabila dia sudah sedikit besar, akan mula berjalan lagi sedikit jauh di sekitar rumah, tetapi dia akan sentiasa pulang setiap masa.

Dia akan tertunggu-tunggu senyuman bangga anda bila dia menunjukkan lukisan pertamanya kepada anda.

Apabila dia belajar membaca, dia akan membaca buku yang sama kuat-kuat sebanyak 20 kali. Kerana dia tahu ibunya akan sentiasa mendengarnya bila dia buat begitu.

Dan walaupun dia telah besar panjang, kuat dan boleh menjaga diri sendiri, dia mungkin masih mahu menangis dipangkuan anda – dia tidak mampu menyorokkan perasaannya daripada anda, ibunya.
Walaupun dia sudah mempunyai rumah, keluarga sendiri dan jawatan, anda adalah sentiasa permaisuri dihatinya. Padanya, anda adalah segala-galanya.

Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
0


Pada usia dua hingga lima tahun, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Jika ibu bapa bijak kendalikan perangai anak-anak kecil pada waktu  ini, Insya-Allah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.

Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil pada waktu  ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.

Kenapa? Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.

Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).

Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-ibu pening! Dia tiada niat begitu pun!

Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya…wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.

Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura-kura masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut.

Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum…bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut ” Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung dan peluk!”

Wahai ayah-ayah semua…gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini…you show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlak mu.

Orang akan kata…kita manjakan anak…itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu…dah nak ditengking dan dipukul kerana dia menangis letih atau kecewa mainan kena rampas ke…sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu.

Sumber: iburose
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →