Menu
Showing posts with label Sistem Pernafasan. Show all posts
Showing posts with label Sistem Pernafasan. Show all posts

X-ray dada pesakit COPD.COPD selalunya terjadi disebabkan komitmen pada tabiat merokok yang terlalu lama. Ia ditandai dengan simptom seperti kerap batuk, peningkatan lendir atau kahak, kerap sesak nafas terutama jika bersenam, dada berasa ketat dan kerap mengalami jangkitan pernafasan. COPD tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dicegah dengan berhenti merokok atau jangan merokok. Rawatan COPD yang ada hari ini adalah mengawal dan mencegah daripada kerosakan paru-paru yang lebih teruk.
0

Kajian UPLIFT bawa berita balk untuk pesakit COPD

Kajian terbaru membabitkan pesakit sekatan pulmonari kronik (COPD) mendapati penggunaan terapi ubat tiotropium (sejenis ubat yang bertindak menyekat tindak balas saraf yang menghalang laluan pernafasan) boleh membaiki fungsi paru-paru sekali gus meningkatkan kualiti hidup.

Kajian yang dinamakan UPLIFT (memahami potensi jangka panjang tiotropium) dijalankan membabitkan 5,993 pesakit di 37 negara seluruh dunia.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, berkata hasil kajian ini memberi kesan yang besar kepada pesakit COPD. Namun, apa yang lebih penting dalam pengurusan COPD adalah pengesanan awal dan pencegahan.

COPD seperti yang diketahui tiada ubat kerana amat mus tahil kerosakan pada paru-paru boleh diperbaiki. Rawatan yang ada hanyalah mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakitnya. Justeru, kajian UPLIFT memang membawa berita balk kepada pesakit COPD.

Dr Aziah berkata, COPD adalah masalah pernafasan kronik yang sangat progres sifatnya. Jika tidak dirawat ia akan menjejaskan kualiti hidup, selain menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan tahun lalu, 210 juta orang didiagnos dengan COPD manakala 3 juta kematian berpunca daripada COPD dilaporkan pada 2005. Menjelang 2030, WHO meramalkan ia akan menjadi antara punca utama kematian.

"COPD mempunyai impak yang sangat besar kepada kehidupan pesakit. Dalam kes yang ekstrim ia mungkin boleh menjejaskan keupayaan pesakit melakukan tugas harian contohnya berpakaian," katanya.

COPD bukan satu penyakit tetapi terma yang digunakan bagi merujuk pada masalah sekatan pernafasan yang disebabkan masalah bronkitis kronik atau emphysema (kerosakan tisu paru-paru yang menyekat aliran pernafasan).

Dalam apa bentuk pun COPD itu, ia akan menjurus pada satu keadaan iaitu sekatan dalam tiub dan saluran udara yang membuatkan paru-paru sukar melaksanakan fungsinya.
Namun, COPD pada asasnya adalah penyakit yang boleh dicegah. Misalnya hampir 90 peratus kes COPD berpunca daripada tabiat merokok.

Bagaimanapun, penyebab COPD sebenarnya lebih banyak bergantung pada kedudukan geografi. WHO melaporkan bagi penduduk di negara berpendapatan tinggi atau pertengahan, merokok adalah punca utama COPD.

Di negara-negara berpendapatan rendah pula, COPD berpunca daripada pencemaran udara dalam rumah seperti penggunaan bahan api yang dihasilkan daripada proses biologi (biomass fuels) untuk memasak.

Di seluruh dunia, hampir 3 bilion orang menggunakan bahan api jenis ini selain arang sebagai sumber tenaga utama untuk memasak, memanggang dan keperluan rumah yang lain. WHO melaporkan dalam komuniti ini, pencemaran udara di dalam rumah adalah risiko utama COPD berbanding merokok.

Selain itu, COPD juga boleh terjadi disebabkan kepada pendedahan kimia dan kekerapan diserang masalah pernafasan ketika zaman kanak-kanak. Diet dan genetik juga berpotensi menjadi punca COPD.

"DI Malaysia, dianggarkan terdapat berjuta-juta pesakit COPD. Justeru,jika tiada langkah dibuat untuk mengesan, mengawal dan merawatnya, ia akan menjadi antara pembunuh utama warga Malaysia," katanya.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, masalah pernafasan menjadi antara punca utama kemasukan ke hospital kerajaan di seluruh negara.

Dianggarkan 50 peratus lelaki di Malaysia merokok dengan kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman manakala 500,000 penduduk adalah pesakit COPD sama ada pada tahap sederhana atau serius.

Jumlah itu sebenarnya meningkatkan jumlah pesakit COPD di Asia Pasifik kerana di wilayah itu beban COPD bukan sahaja berpunca daripada tabiat merokok malah kerana penggunaan bahan api biologi yang semakin meningkat.
oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian
0

Otak manusiaAsap ekzos tingkat tekanan pada otak

Penyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.

Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.

Kajian dijalankan dengan memantau aktiviti otak dua kumpulan sukarelawan didedahkan sama ada kepada udara bersih atau asap ekzos selama satu jam menggunakan alat elektroencephalograf (EEG).

Sukarelawan yang didedahkan kepada asap ekzos dilihat mula menunjukkan tekanan ke atas bahagian korteks otak selepas 30 minit.

Kepekatan asap ekzos pada ketika itu pula adalah bersamaan dengan jumlah yang paling tinggi dihadapi orang ramai di jalan raya yang sibuk.

Kesan pendedahan berpanjangan kepada asap ekzos tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi didakwa mungkin mengganggu fungsi otak yang normal termasuk keupayaan memproses maklumat baru.

Selain itu, pendedahan kronik asap ekzos juga mungkin menyebabkan tekanan oksidatif yang telah dikaitkan dengan penyakit otak seperti Parkinson dan Alzheimer.
0

Prof. Liam Chong-Kim.
Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia.


Batuk. Berdehit. Dada berasa ketat. Kesukaran bernafas. Ini merupakan beberapa gejala yang sering dijelaskan oleh Puan Aminah (bukan nama sebenar) dan ramai lagi penghidap asma - kadangkala setiap hari akibat kawalan asma yang tidak baik.

Bagi Puan Aminah dan dua juta rakyat Malaysia yang menghidap asma, gejala-gejala ini telah menjadi kebiasaan serta cenderung meningkat sekiranya tidak dikawal dengan betul.

Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.

Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka tidak terkawal. Kenyataannya, lebih kurang 20 episod serangan asma dialami oleh setiap orang dewasa setiap tahun.

Ini mungkin kelihatan sedikit, namun serangan ini amat melesukan bagi seorang pesakit asma yang terpaksa ditahan di hospital dan menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu.


Kenapa Serangan Ini Berlaku?

Keradangan serta kesempitan saluran pernafasan menyebabkan batuk, berdehit, dada berasa ketat serta pernafasan yang tersekat-sekat. Keradangan salur pemafasan adalah punca masalah ini. Malangnya, kebanyakan penghidap asma mengabaikan rawatan radang walaupun diarahkan oleh doktor.

Kebanyakan penghidap asma mengalami gejala-gejala tertentu sebelum serangan berlaku. Namun masalahnya, mereka terlampau bergantung kepada alat penyembur pelega berwarna biru, sehingga mengabaikan alat sedut pencegah. Penghidap asma perlu memahami bahawa kedua-dua ubat pencegah dan pelega diperlukan untuk kawalan asma yang betul.

Kedua�duanya mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh ditukar ganti, dan inilah sebabnya kenapa ramai yang bergantung sepenuhnya kepada alat sedut pelega biru tidak melihat sebarang perubahan pada keadaan mereka.

Ubat pencegah merawat punca keradangan, dan patut digunakan setiap hari bagi tujuan pencegahan. Alat penyembur pelega berwarna biru hanya digunakan apabila perlu - selalunya apabila saluran pernafasan menjadi sempit untuk kelegaan cepat.

Adalah penting untuk mengingati bahawa alat penyembur biru tidak merawat keradangan, dan pergantungan melampau tidak akan membantu pengawalan asma.

Pengurusan asma yang betul memerlukan para penghidapnya menggunakan kedua-dua ubat kerana merawat keradangan adalah langkah perlu dalam mengawal asma agar serangan dapat dicegah.

Ramai pesakit gagal memahami kepentingan menggunakan kedua-dua ubat sebagai sebahagian pengurusan asma mereka. Ramai pesakit tidak dapat membezakan fungsi ubat yang berlainan warna, dan penggunaan pelbagai ubat mengelirukan sesetengah mereka.


Terapi dan Pelega dengan Satu Alat Sedut

Sekiranya punca masalah ada pada keradangan saluran pernafasan, maka penyelesaiannya adalah mencegah atau mengawal keradangan ini.

Kunci kepada pengurusan asma yang betul dan pencegahan serangan adalah memberikan rawatan awal serta secukupnya bagi punca keradangan salur pernafasan. Para pesakit asma perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk mengetahui cara terbaik merawat asma mereka.

Tinjauan International Asthma Patient Insight Research (INSPIRE) mendapati para pesakit mahukan kelegaan segera dan terapi asma mereka; dan majoritinya memilih untuk bergantung kepada satu alat penyembur dan mengurangkan ubat-ubatan lain.

Pakar perubatan hari ini, menuruti panduan Global initiative for Asthma (GINA) dan akan merawat pesakit asma berdasarkan kawalan dan bukan tahap asma. Pendekatan terbaru kepada pengurusan asma dikenali sebagai Single inhaler Maintenance And Reliever Therapy � atau mudahnya SMART. SMART ialah terapi pencegah dan pelega dengan satu alat sedut.

Dengan SMART, pesakit asma hanya memerlukan satu alat sedut kerana ia memberi kedua-dua dos pencegah harian serta pelega sekiranya diperlukan. Alat sedut baru ini mudah dikenali oleh warnanya - alat sedut merah turbuhaler � yang membezakannya dan ubat yang kini digunakan. Keperluan bergantung kepada satu alat sedut sahaja bermakna para pesakit asma tidak lagi keliru seperti dahulu.

Penyelidikan klinikal yang terperinci telah dilakukan untuk pendekatan baru ini. Lebih dari 14 pesakit seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam program pembangunan klinikal SMART.

Hasilnya menunjukkan bahawa SMART memberi kawalan asma menyeluruh yang lebih baik serta mengurangkan risiko serangan asma yang serius.


Bukan Tentang Perubatan Sahaja

Dengan pendekatan SMART, pesakit asma boleh mengharapkan kelegaan segera, kawalan asma yang lebih baik serta peningkatan kualiti hidup bagi jangka masa panjang. Akan tetapi, beberapa perubahan kecil mampu merubah pelbagai keadaan.

Para pesakit asma boleh mempraktikkan beberapa langkah mudah untuk membantu dalam kawalan asma mereka:
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu - setelah mendapat diagnosis yang betul, barulah terapi pengurusan asma yang terbaik bagi seseorang pesakit dapat disyorkan.
  • Awasi gejala asma anda - kenali gejala asma anda dengan baik serta perhatikan reaksi tubuh anda. Bertindak segera untuk mengawal asma anda.
  • Kenali ubat-ubatan anda - patuhi nasihat doktor mengenai perubatan asma, dan bila anda perlu mengambilnya. Anda boleh memudahkan pengurusan asma anda dengan mengguna turbuhaler merah cara SMART dan bukan pelbagai alat sedut.
  • Jauhi faktor-faktor cetusan asma - asma adalah penyakit yang berubah-ubah; banyak faktor boleh mencetuskan serangan, oleh itu awasi punca serangan anda. Adakah ia asap rokok, habuk, pencemaran atau sesetengah jenis makanan?
Mesejnya, jangan biarkan asma mengawal anda. Sebaliknya, anda boleh mengawal asma anda!
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →