Menu
Showing posts with label Diet - Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Diet - Pemakanan. Show all posts

Kanak-kanak sedang makan burger
Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.

Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.
0

Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.

Makanan Sihat.Apa yang Paling Penting?

Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Pakar kesihatan mengesyorkan anda makan pelbagai makanan berkhasiat setiap hari dari setiap kumpulan asas makanan.

Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan

Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat � dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.

Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.

Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.

Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.
0

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Dia Kolesterol?

Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol �jahat�. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.
0

CoklatLupakan sebentar jus buah - coklat mungkin satu cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan anda, mengikut satu penyelidikan baru.

Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.

Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.

"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.

Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.

Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.

Tetapi peminat-peminat coklat, hati-hati: Kesihatan anda tidak bergantung kepada tarikan zaman kanak-kanak ini semata-mata.
0

Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.

Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.

Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

"Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain," katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.

Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.
0

Sebiji burger.Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

  1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

  2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

  3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!
0

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol �jahat� manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.
0

  • Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak.
  • Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.
  • Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.
  • Terlalu banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau diet dengan lebih baik dan sempurna.
  • Pilih makanan yang mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi, roti mil penuh, susu rendah lemak dan dadih untuk mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Jika anda tidak sempat bersenam, lakukan pergerakan aktif sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Senaman juga baik bagi menjaga berat badan.
0

  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
0

Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:
  • Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
  • Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
0

Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.

Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.

Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.

Plak atau mendapan kolesterol dan sebatian lain yang mendap akan mengeras dan menebal, ini akan menyebabkan pengerasan dinding arteri. Peningkatan mendapan akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang aliran darah ke jantung dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan risiko strok.

Kajian mendapati guggulipid, iaitu bahan yang diekstrak daripada tumbuhan herba Commiphora Mukul berkesan untuk menurunkan paras kolesterol dan lemak badan. Bahan aktif Guggulsterone bertindak meningkatkan penyingkiran kolesterol dalam hati, merangsang fungsi kelenjar tiroid yang terbabit dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.

Berdasarkan mekanisme inilah, pengambilan guggulipid turut memberikan kesan positif kepada penurunan berat badan. Selain itu, guggulipid juga telah digunakan sekian lama untuk meringankan masalah keradangan sendi serta mengurangkan ketidakselesaan sendi kerana bahan aktifnya iaitu guggulsterone didapati boleh mengurangkan keradangan akibat antritis.

Pengambilan guggulipid adalah sangat sesuai di kalangan mereka yang ingin mengekalkan paras kolesterol yang sihat. Di samping itu, ia mempunyai paras kolesterol pada paras sempadan.

Bagi mereka yang mengalami peningkatan paras kolesterol yang agak tinggi dan ingin mencuba remedi herba, pengambilan red yeast rice didapati boleh membantu.

Red yeast rice yang dihasilkan secara penapaian beras dengan sejenis yis dapat merencatkan aktiviti enzim hydroxymethyglutary coenzim A (HMG�CoA) reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol, lalu mengehadkan penghasilan kolesterol dalam tubuh.

Berdasarkan kajian yang dibuat di Los Angeles ke atas 83 individu yang sihat,hasilnya menunjukkan penurunan yang ketara terhadap kolesterol total, kolesterol LDL dan paras total trigliserida.

Red yeast rice mendapat pengiktirafan di Amerika Syarikat sebagai agen untuk menurunkan kolesterol. Selain itu, ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman.
0

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:
  1. Kalsium
    Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.

  2. Vitamin D
    Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.

  3. Protein berlebihan
    Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →