Menu

Bayi Pun Boleh Kena Ketumbit, Ini Beberapa Petua Yang Boleh Diamalkan Untuk Merawatnya


"Eh baby lagi dah kena ketumbit. Biasa orang tua je kena. Kalau dulu orang tua-tua cakap mata kena ketumbit sebab intai anak dara mandi."
Mesti ramai yang biasa dengar mitos tersebut. Kalau orang tua mungkin logik juga tapi kalau yang kena baby, macam mana pula?
Pakar Oftalmologi, Dr Azlinda Aisyah daripada panel Medical Mythbusters Malaysia berkata, nama saintifik bagi ketumbit ialah chalazion jika tidak sakit, tetapi kalau sakit ia dipanggil stye iaitu kelihatan merah dan dijangkiti kuman.
Ketumbit adalah disebabkan oleh bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat masalah kelemumur pada bulu mata (blephritis), penggunaan eyeliner yang tidak dibersihkan atau habuk. Ia boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk bayi.
Selain membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan ada juga beberapa petua tradisional yang boleh dicuba jika bayi anda terkena masalah ketumbit. Seorang bapa, Encik Jamar Bahar berkongsi di laman blognya beberapa petua yang diperoleh daripada orang ramai ketika bayi lelakinya yang berusia 11 bulan terkna ketumbit.
TIPS/PETUA MENGHILANGKAN KETUMBIT.
1. Ambil bawang putih, dan tenyeh-tenyeh di mata tu.
2. Ambil daun belimbing buluh, ditumbuk halus.Letak di sekeliling kelopak mata yang dijangkiti ketumbit tu. Ulang beberapa kali.
3. Tuam dengan air suam menggunakan kain yang bersih.
4. Tuam di mata ketumbit menggunakan sudu panas yang direndam dalam air panas.
5. Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah.
6. Pancut dengan air susu ibu.
7. Cuci bahagian dalam mata dengan air suam/sabun baby yang tak pedihkan mata.
Sebelum aku amalkan tips-tips tu semua, aku ada bawa baby Danish berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Risau takut ada jangkitan kuman lain. Alhamdulillah, doktor cakap ketumbit jenis ni tak berbahaya. Kemungkinan ada ‘blockage’ di kelenjar bulu mata.
Doktor ada berikan ubat titik Fusithalmic 5g. Satu titik ke dalam mata untuk 2 kali sehari.
Nak dapatkan titikkan yang betul-betul masuk dalam mata, bukan kerja senang ok.Terpaksa ‘bergelut’ dengan Danish yang makin bijak tutup mata dan elak daripada terkena titikan.
Selepas 4 kali titik (2 hari), ketumbit pecah dengan sendiri.
Sumber: jmr23.com

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →