Menu

Bayi Mengalami Masalah Ruam Di Muka dan Badan. Cuba 4 Petua Tradisional Ini. Mana Tahu Serasi Kan?


Ramai ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif.
Kali ini di kongsikan pula petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.
Ruam boleh menyebabkan bayi anda merasa tidak selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung.
Cara mudah hilangkan ruam bayi
Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.
Selain itu, beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan mengikut kesesuaian bayi anda. Mana tahu berkesan untuk anak.
1. Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam.
2. Gunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam.
3. Tepung ubi kayi juga dianggap penawar kepada masalah ruam bayi. Anda boleh sapukan tepung itu ditempat ruam dan biarkan sahaja. Jangan campur dengan air. Buat seperti anak pakai bedak. InsyaAllah ruam akan hilang jika diamalkan berterusan. Boleh juga guna bedak sejuk dan disapukan di bahagian ruam.
4. Ada juga berpendapat boleh gunakan kanji nasi. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
Tak salah untuk kita ikhtiarkan yang terbaik buat anda yang mengalami masalah ruam ini. Namun dingatkan jika ibu bapa mendapati masalah ruam anak makin teruk perlu rujuk doktor dengan segera.
Sumber: irsyahealthyhouse.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →