Menu
Showing posts with label Tahukah?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah?. Show all posts

Seorang wanita sedang mengalami migrain.Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai �satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.�

Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.
0

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. � Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor - 44 peratus - mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.

Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

"Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

"Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga," katanya.
0

Otak manusiaAsap ekzos tingkat tekanan pada otak

Penyelidikan toksikologi di Universiti Zuyd, Belanda mendapati pendedahan singkat kepada asap ekzos kenderaan sudah cukup untuk meningkatkan tekanan kepada otak manusia.

Hasil penyelidikan itu menunjukkan partikel halus (nanoparticle) di dalam asap ekzos yang disedut akan menyebabkan perubahan pada aktiviti otak.

Kajian dijalankan dengan memantau aktiviti otak dua kumpulan sukarelawan didedahkan sama ada kepada udara bersih atau asap ekzos selama satu jam menggunakan alat elektroencephalograf (EEG).

Sukarelawan yang didedahkan kepada asap ekzos dilihat mula menunjukkan tekanan ke atas bahagian korteks otak selepas 30 minit.

Kepekatan asap ekzos pada ketika itu pula adalah bersamaan dengan jumlah yang paling tinggi dihadapi orang ramai di jalan raya yang sibuk.

Kesan pendedahan berpanjangan kepada asap ekzos tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi didakwa mungkin mengganggu fungsi otak yang normal termasuk keupayaan memproses maklumat baru.

Selain itu, pendedahan kronik asap ekzos juga mungkin menyebabkan tekanan oksidatif yang telah dikaitkan dengan penyakit otak seperti Parkinson dan Alzheimer.
0

Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.
  • Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
  • Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
  • "Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
  • Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
  • Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.

Simptom kemurungan
  • Rasa sedih dan lekas marah.
  • Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
  • Kurang selera makan.
  • Sukar tidur atau terlebih tidur.
  • Pergerakan yang lembap.
  • Keletihan dan kurang tenaga.
  • Rasa bersalah.
  • Sukar memberi tumpuan.
  • Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.

Fakta Kemurungan
  • Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.
  • Kemurungan lebih cenderung terjadi di kalangan pelajar perempuan dan mereka yang lahir dalam keluarga yang ramai.
  • Pelajar yang murung kerap memikirkan untuk membunuh diri.
  • Kebanyakan pelajar yang murung sebenarnya bijak dan berbakat.
  • Kebanyakan pelajar murung tidak difahami oleh masyarakat sekeliling menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan yang betul.
0

Terapi gen merupakan satu kaedah rawatan pembetulan gen yang rosak bagi penghidap penyakit warisan. Kaedah ini mula digunakan dalam rawatan penyakit kurang daya tahan genetik (genetic immunodeficiency) yang dikenali sebagai kekurangan Adenosina Deaminase (ADA) atau ADA(-). Enzim ADA ini perlu bagi melengkapkan pembentukan dan perkembangan sistem imunisasi badan.

Penyakit ADA(-)menyerang bayi yang baru lahir dan menyebabkan kematian. Bayi tersebut tidak mampu menghasilkan sistem antibodi dan imunisasi yang sempurna. Mereka mudah diserang penyakit seperti tetanus, difteria, penyakit jangkitan pernafasan, campak, dan pneumonia. Sesetengah pesakit pula langsung tidak mempunyai sistem antibodi dan imunisasi. Ini dikenali sebagai gabungan kurang daya tahan yang tenat (severe combined immunodeficiency - SCID). Biasanya, kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADA(-)SCID sentiasa mengalami jangkitan virus, kulat, dan bakteria yang berulang-ulang serta mempunyai risiko jangkitan awal kanser yang tinggi.

Kaedah rawatan terbaik bagi penyakit ini ialah terapi gen. Dengan kaedah ini gen ADA normal daripada penderma dimasukkan ke dalam sumsum tulang yang merupakan organ penghasil sel darah utama. Namum begitu, kaedah ini melibatkan pengasingan sumsum tulang yang amat sukar dilakukan. Kaedah lain yang lebih mudah ialah dengan menggunakan sel T limfosit.

Limfosit atau set darah putih bertanggungjawab mencegah penyakit dan juga melawan sel kanser. Gen ADA normal daripada sel T limfosit diasing dan dipindahkan ke dalam sel manusia melalui vektor retrovirus iaitu gen sejenis virus yang dipinda. Sebahagian daripada gen virus tersebut diganti dengan gen ADA normal manusia yang hendak dipindahkan. Vektor virus tersebut kemudian dicampur dan dibiakkan bersama dengan sel normal manusia di dalam makmal. Vektor itu kemudiannya memasuki sel normal tersebut lalu membentuk gen baru dan tinggal kekal dalam kromosom tersebut. Gen baru itu dikenali sebagai gen berperantaraan virus.

Pemindahan gen berperantaraan virus yang baru ke dalam sel T limfosit pesakit ADA(-)SCID dilakukan secara suntikan intravena. Dengan itu gen ADA(-) dapat dibaiki supaya kembali menghasilkan enzim ADA normal. Sel T limfosit yang dibaiki gen ini boleh hidup secara normal dalam tubuh penerima. Malah ia hidup lebih lama berbanding dengan sel T limfosit yang tidak dibaiki. Penanaman sel yang dibaiki gen perlu dilakukan secara berterusan sekali dalam beberapa bulan. Sebaliknya, jika terapi gen pada sel batang sum-sum tulang dapat dilakukan, kanak-kanak penghidap ADA(-)SCID mungkin dapat disembuhkan sepenuhnya dengan satu rawatan sahaja tanpa memerlukan penanaman gen ADA baru secara berterusan.
0

Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.

"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

"Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.

Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs � 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.
0

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
  1. Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  3. Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?
Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan doktor sekiranya migrain tidak berkurangan.
0

  • Sejenis penyakit kulit.
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.


Kulit
  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Penjagaan kulit
  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
0

Nature beberapa edisi terdahulu mendedahkan, gen menjadi punca kepada perlakuan seseorang menggaru tubuh mereka yang mengalami gatal-gatal terutamanya apabila ada orang lain yang membuatnya marah.

Tikus yang digunakan di dalam eksperimen berkenaan, yang tidak mempunyai gen terbabit, didapati tidak menggaru-garu tubuhnya dalam situasi yang sarna.

"Ia suatu penemuan yang menarik kerana gatal merupakan satu fenomena biasa. Dan secara klinikalnya, ia juga satu masalah besar. Tetapi, tiada siapa tahu, gen yang mana satukah terlibat di dalam sensasi itu.

Hasil kajian ini mencadangkan bahawa terdapat dua laluan berasingan yang menghasilkan rasa gatal. Selama ini, kita diberitahu bahawa kegatalan adalah sebahagian daripada kesakitan ringan," kata Prof. Madya Zhou-Feng Chen, pakar bius dari Washington University School of Medicine Pain Center.

Kedua-dua kumpulan tikus dalam kajian bertindak balas dengan cara yang sama terhadap kepanasan, tekanan dan kesakitan. Bagaimanapun, tikus yang tidak mempunyai gen protein GRPR ketara kurang menggaru selepas menerima suntikan kimia penyebab kegatalan.
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →