Menu
Showing posts with label Tip Selepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Tip Selepas Bersalin. Show all posts


Ramai ibu yang menyusu semasa hamil alami masalah kesakitan semasa menyusukan. Kenapa ia terjadi dan apa yang boleh anda lakukan?
Menyedari khasiat dan kebaikan susu ibu untuk mental dan fizikal si manja, ramai ibu tidak mahu melepaskan peluang menyusukan bayi walau pun sedang berbadan dua. Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi dan IBCLC, kebanyakan ibu pernah mengalami kesakitan atau sensitif di bahagian puting sewaktu menyusu sepanjang tempoh kehamilan. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa mereka keletihan akibat kurang rehat dan mengalami kerengsaan di bahagian payu dara sepanjang menyusukan anak.


KESAKITAN AKIBAT PERUBAHAN HORMON
Situasi ini adalah berbeza antara satu ibu menyusu dengan ibu menyusu yang lainnya. Semuanya bergantung pada tahap perubahan hormon yang dialami masing-masing. Kesakitan yang dialami sering dikaitkan dengan masalah kekurangan bekalan susu ibu, isu pelekapan, seriawan dan lain-lain.
Kaedah biasa yang digunakan untuk mengatasi masalah sakit puting mungkin tidak begitu berfungsi jika dipraktikkan ketika hamil, memandangkan punca kesakitan itu berpunca daripada masalah perubahan hormon, maka terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba bagi mengurangkan kesakitan yang dialami itu.

4 TIP REDAKAN KESAKITAN SEMASA MENYUSU
1. Cuba ubah posisi penyusuan dan cara pelekapan anak ketika menyusu. Kedudukan dan cara anak menghisap yang pada dasarnya lembut boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan terutamanya apabila puting anda menjadi lebih sensitif ketika hamil. Jadi, galakkan anak untuk membuka luas mulutnya, menyusu dengan lembut dan elakkan menyusukan dengan gaya akrobatik.
2. Segelintir ibu menyusu yang hamil mendapati penambahan jumlah air yang diambil seharian membantu mengurangkan masalah ini.
3. Jangkitan yis adalah perkara biasa berlaku dalam kehamilan. Oleh itu, seriawan (thrush) adalah punca yang berpotensi menyebabkan kesakitan di bahagian puting.
4. Selain daripada berusaha untuk mengalih perhatian anak bagi menangguhkan sesi penyusuan, pertimbangkan untuk mengganggu tumpuan diri ketika menyusukan anak. Sambil menyusukannya, cuba baca buku atau tonton televisyen bagi membolehkan minda anda tidak merasai secara langsung.
0

Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?

Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, keluhan wanita tentang sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila anda mula mendukung bayi setiap hari.

BERAT ANAK SEMAKIN BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.

Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!

POSISI PENYUSUAN PERLU SEIRING DENGAN POSTUR BADAN

Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.

Sebagai contoh, anda mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk. Wanita yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.

Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman. Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan. 

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:

1. BERHATI-HATI DENGAN POSISI DAN POSTUR TUBUH
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:
  • Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
  • Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
  • Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
  • Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
  • Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang. Biarkan orang lain mengangkat objek berat terutamanya jika anda bersalin secara caesarean. Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.

2. BERSENAM SECARA BERANSUR-ANSUR
  • Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibiliti.
  • Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
  • Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
  • Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.
0

Biasa kita dengar badan dah kembali ke berat asal seperti sebelum bersalin tapi masih ada ‘tayar spare’ di perut. Nak sorok pun tetap nampak. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan wanita jadi rendah diri tetapi ada yang sanggup mencuba pelbagai produk asalkan kesannya lebih cepat.
Jangan bimbang mengenai hal ini kerana jika konsisten insya-Allah semuanya dapat kembali seperti asal. Paling penting kena disiplin dan jangan culas nak melakukannya semasa dalam pantang sehingga selesai pantang.
1)    Menyusu bayi
Petua ini antara yang sangat berkesan. Sebaik  selepas bersalin, susukan anak secara eksklusif. Ia boleh bantu buang lemak yang tidak diperlukan.
Menyusu badan boleh cepatkan proses kecutkan rahim dan boleh bakar 200 hingga 600 kalori sehari.
Bila rahim dah mengecut, perut buncit pun kembali kempis. Kalori terbakar juga bantu hilangkan lemak yang tak perlu di perut.
2)    Berbengkung
Wanita yang dalam berpantang wajib berbengkung. Memang akan rasa tak selesa dan gatal. Tapi cara inilah mempercepatkan proses mengempiskan perut.
Rahim kita sangat sensitif ketika ini, kerana telah berubah saiz berganda dari asal. Pergerakan yang banyak ketika berpantang perlu dielak bagi elak masalah pada rahim.
Sebab itu wajib berbengkung untuk menjaganya. Kulit-kulit geleber dan perut buncit juga boleh dibetulkan semula. Namun bagi wanita yang bersalin secara pembedahan nak berbengkung biarlah tempat jahitan itu benar-benar pulih. Mungkin yang ceaser ia mengambil masa lama sikit.
3)    Bertungku / Bertangas / Bersauna
Bertungku antara kaedah tradisional yang boleh membantu melancarkan darah, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut dan rahim. Memang ini antara amalan yang wajib dilakukan wanita bersalin.
Bertangas dan sauna juga boleh pecahkan lemak. Lemak-lemak di perut penyebab buncit pun boleh hilang. Angin dan air berlebihan dalam badan pun boleh keluar.
Toksin yang ada dalam badan juga keluar melalui kulit dan badan akan rasa lebih ringan dan kembali kepada bentuk asal.
4)    Kawal Pemakanan
Mengawal pemakanan antara salah satu cara yang dapat membantu. Tapi ni ramai ibu silap sangka. Bagi yang menyusu anak ramai beranggapan kena makan lebih dari biasa sebab nak menyusu anak. Jangan buat andaian seperti ini  kerana anda dapat lihat badan seperti di pam-pam. Lepas tu mulalah risau.
Apabila anak dah tak minum susu ibu sepenuhnya, dicadangkan ibu-ibu perlu kawal makan agar perut tidak buncit dan menggeleber.
5)    Betulkan Postur Tubuh
Cuba lihat cara anda berjalan. Tahukah anda postur badan ketika berjalan dan angkat barang boleh menyebabkan perut buncit?
Jadi lepas ni, kena tegakkan postur badan ketika berjalan. Jangan pandang remeh, kerana ia mungkin menyebabkan perut anda buncit sampai bila-bila.
6)     Senaman dan Aktiviti Fizikal
Mesti ramai dah tahu petua ni walaupun susah nak buat kan? Namun alasan yang biasa adalah tiada masa nak bersenam.
Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga boleh kurangkan lebihan lemak dibahagian perut. Jika nak kesan terbaik, perlulah buat secara konsisten.
7)     Detoksifikasi
Badan kita pasti tak boleh lari dari toksin. Kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Itu yang menyebabkan kita ada masalah penghadaman, seterusnya membentuk lemak dibahagian perut.
Badan kita perlu didetoksifikasi dari masa ke semasa untuk buang toksin. Toksin berkurang, perut pun boleh kempis. Banyak minuman detoks yang boleh dibuat sendiri dan di cuba tanpa perlu makan ubat kurus.
 
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →