Menu

Pakar Laktasi bagi 4 Tip Menyusu Masa Hamil Supaya Payudara Tak Sakit. Nombor 1 & 4 Taktik Untuk Kontrol Si Manja


Ramai ibu yang menyusu semasa hamil alami masalah kesakitan semasa menyusukan. Kenapa ia terjadi dan apa yang boleh anda lakukan?
Menyedari khasiat dan kebaikan susu ibu untuk mental dan fizikal si manja, ramai ibu tidak mahu melepaskan peluang menyusukan bayi walau pun sedang berbadan dua. Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi dan IBCLC, kebanyakan ibu pernah mengalami kesakitan atau sensitif di bahagian puting sewaktu menyusu sepanjang tempoh kehamilan. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa mereka keletihan akibat kurang rehat dan mengalami kerengsaan di bahagian payu dara sepanjang menyusukan anak.


KESAKITAN AKIBAT PERUBAHAN HORMON
Situasi ini adalah berbeza antara satu ibu menyusu dengan ibu menyusu yang lainnya. Semuanya bergantung pada tahap perubahan hormon yang dialami masing-masing. Kesakitan yang dialami sering dikaitkan dengan masalah kekurangan bekalan susu ibu, isu pelekapan, seriawan dan lain-lain.
Kaedah biasa yang digunakan untuk mengatasi masalah sakit puting mungkin tidak begitu berfungsi jika dipraktikkan ketika hamil, memandangkan punca kesakitan itu berpunca daripada masalah perubahan hormon, maka terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba bagi mengurangkan kesakitan yang dialami itu.

4 TIP REDAKAN KESAKITAN SEMASA MENYUSU
1. Cuba ubah posisi penyusuan dan cara pelekapan anak ketika menyusu. Kedudukan dan cara anak menghisap yang pada dasarnya lembut boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan terutamanya apabila puting anda menjadi lebih sensitif ketika hamil. Jadi, galakkan anak untuk membuka luas mulutnya, menyusu dengan lembut dan elakkan menyusukan dengan gaya akrobatik.
2. Segelintir ibu menyusu yang hamil mendapati penambahan jumlah air yang diambil seharian membantu mengurangkan masalah ini.
3. Jangkitan yis adalah perkara biasa berlaku dalam kehamilan. Oleh itu, seriawan (thrush) adalah punca yang berpotensi menyebabkan kesakitan di bahagian puting.
4. Selain daripada berusaha untuk mengalih perhatian anak bagi menangguhkan sesi penyusuan, pertimbangkan untuk mengganggu tumpuan diri ketika menyusukan anak. Sambil menyusukannya, cuba baca buku atau tonton televisyen bagi membolehkan minda anda tidak merasai secara langsung.

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →