Menu
Showing posts with label Diabetes - Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Diabetes - Kencing Manis. Show all posts

Los Angeles � Strok sedang meningkat dengan pantas dalam golongan muda dan usia pertengahan, satu petanda yang wabak obesiti sudah mula berpindah beban usia.

Bilangan tersebut, yang telah dikeluarkan pada satu sidang Pertubuhan Strok Amerika, datang dari satu bancian pertama kali penghospistalan strok berdasarkan usia seluruh negara yang terbesar dilakukan. Para penyelidik kerajaan membuat bandingan kemasukan kes ke hospital pada tahun 1994 dan 1995 dengan kes tahun 2006 dan 2007.

Peningkatan paling tinggi, sebanyak 51 peratus adalah dari golongan lelaki berumur di antara 15 ke 34 tahun. Strok dalam kumpulan umur ini turut meningkat dalam kalangan wanita tetapi tidak sepantas lelaki, iaitu sebanyak 17 peratus.

�Ia sememangnya mencemaskan,� kata Dr. Ralph Sacco, presiden Pertubuhan Strok Amerika dan juga seorang ahli neurologi di Universiti Miami. �Kita telah lama runsing berkenaan peningkatan berlakunya obesiti dalam kanak-kanak dan dewasa muda mungkin memberi kesan penyakit kardiovaskular dan strok, dan rupanya ianya sedang berlaku,� katanya.

Angka Bancian

Angin ahmar masih penyebab penghospitan terbesar kepada golongan berusia. Bagi mereka yang berusia lebih 65 tahun, terdapat 300 kes strok daripada 10 000 kemasukan ke hospital. Bagi lelaki berusia 15 ke 34 tahun, terdapat 15 kes strok daripada 10 000 kemasukan , dan bagi wanita dan remaja perempuan dalam kumpulan umur itu terdapat 4 kes daripada 10 000.

Bagi setiap 10 000 kemasukan ke hospital pada 1994-95 berbanding 2006-07, strok meningkat:
- 51 peratus, dari 9.8 ke 14.8 kes, bagi lelaki 15 ke 34 tahun
- 17 peratus, dari 3.6 ke 4.2 kes, bagi perempuan 15 ke 34 tahun
- 47 peratus, dari 36 ke 52.9 kes, bagi lelaki 35 ke 44 tahun
- 36 peratus, dari 21.9 ke 30 kes, bagi perempuan 35 ke 44 tahun

Corak yang berlawanan berlaku bagi golongan berusia. Strok menurun 25 peratus bagi lelaki 65 tahun dan lebih (dari 404 ke 303 bagi 10 000 kes), dan 28 peratus bagi wanita dalam kumpulan umur ini (dari 379 ke 274). Para doktor berpendapat pencegahan dan rawatan terhadap faktor risiko seperti tekanan darah tinggi yang lebih baik dalam golongan usia emas mungkin menyumbang kepada penurunan ini.

Punca Peningkatan

Di Universiti California Los Angeles (UCLA), para doktor mendapati strok dalam golongan muda adalah berkaitan dengan tekanan darah tinggi dan arteri tersumbat, kata Dr. Jeffrey Saver, pengarah pusat strok di UCLA.

Allison Hooker pula, seorang jururawat yang mengendalikan penjagaan strok di Forsyth Medical Center di Winston-Salem, berkata hospital beliau juga turut mendapati lebih banyak strok berlaku dalam golongan orang muda dengan faktor penyebab seperti merokok, obesiti, tekanan darah tinggi, pengambilan melampau alkohol dan kencing manis (diabetes).

"Saya boleh katakan sekurang-kurangnya separuh dari bilangan (pesakit angin ahmar) kami adalah dalam usia 40an atau awal 50an, " kata beliau.
0



Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.



Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →