Menu

Percayalah Ibu Bapa Yang Sentiasa Mendampingi Anak Dalam Semua Perkara, Anak Akan Membesar Menjadi Seorang Yang Berakhlak Baik


Anak-anak kita perlu sentiasa didampingi!
Anak-anak sememangnya suka kalau dapat berkongsi cerita dan pengalaman mereka kepada ibu bapa. Jika kita pandai melayan, maka mereka tentu menjadikan kita tempat meluahkan perasaan, meminta nasihat, memberi pandangan dan sebagainya.
Jika ibu bapa tidak menggunakan kesempatan ini, maka anak-anak akan berpaling kepada rakan-rakan mereka. Malah ada yang mencari kakak angkat dan abang angkat.
Jika orang yang didampingi ini orang yang baik akhlak dan pekertinya, maka selamatlah anak-anak kita.
Tetapi, apa pula yang terjadi apabila orang yang didampingi itu nanti adalah orang yang buruk akhlaknya dan suka mengambil kesempatan dan sebagainya?
Maka hancurlah masa depan anak-anak kita.
Oleh itu, jangan biarkan orang lain mengambil ruang yang dikosongkan oleh kita dalam hidup anak. Pastikan kita yang mengisi ruangan ini.
Malah ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana bergaul dengan mereka yang lebih dewasa daripada usia mereka.
Apabila anak-anak kita berkawan dengan orang yang lebih berusia atau senior, mereka rasa selamat. Mereka rasa tidak ada orang yang berani membuli, mengejek dan mempersendakan mereka.
Malangnya, kawan-kawan yang mereka pilih ini bukan daripada kalangan mereka yang baik akhlaknya. Maka berlakulah pelbagai masalah gejala sosial seperti yang kita dengar dan lihat dalam media seperti merempit, zina,  lepak, rokok, dadah dan seumpama denganya.
Bila kita mendampingi anak-anak
Apabila ibu bapa mendampingi anak-anak, maka secara tidak langsung kita tahu aktiviti dan pergerakan mereka. Anak-anak sendiri juga secara tidak langsung melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat dan memilih kawan-kawan yang baik.
Apabila kita bersikap terbuka dengan anak-anak maka mereka mula meletakkan kepercayaan kepada kita dan mula berbincang dengan kita mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan hidup mereka.
Sumber:  Muhamad Naim Abd Manaf

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →