Memiliki anak yang sensitif memberikan cabaran kepada mama dan papa kerana emosi mereka mudah tersentuh. Mudah merajuk dan kecil hati. Bukan sekadar dari segi emosi, malah jika terdedah kepada bunyi kuat atau pun tekstur yang kasar pun mampu membuat mereka menjerit atau menangis.
7 TIPS KENDALI ANAK TERLALU SENSITIF
- Terima sahaja keunikan anak anda ini dan ketahui cara mengendalikannya. Daripada menumpukan kepada kerenahnya yang sensitif itu, lebih baik anda fokus kepada kelebihannya dan kekuatan yang ada pada dirinya.
- Berikan masa untuknya berehat dan bertenang. Hal ini kerana pada kebanyakan masa si manja sensitif ini keletihan melalui hari yang padat ramai serta rangsangan yang berlebihan. Longgarkan sedikit jadual untuknya dan wujudkan sebuah bilik atau ruang khas untuknya bertenang (peace corner) di rumah.
- Anda perlu mengajar si manja untuk mengawal emosinya sedikit demi sedikit. “Adik tidak boleh selalu macam ini sebab nanti bila adik besar akan ada banyak lagi benda yang adik akan jumpa. Adik kena bersedia. Adik kan dah besar.”
- Berikan reaksi kepada tindakannya seperti puji-pujian dan komen membina. Bukan sahaja apabila dia berjaya melakukan sesuatu tetapi percubaan dia untuk melakukan sesuatu tetapi tidak berjaya. Pujilah dia apabila dia bercakap benar, jujur dan tidak berbohong.
- Sediakan upah jika perlu kerana anak yang sensitif selalu berasa dirinya tidak bagus atau rendah diri apabila melakukan kesalahan. Ubah ayat “Kita tak boleh main di luar kalau adik tak habiskan nasi” kepada “Kalau adik habiskan nasi nanti kita boleh main di luar”.
- Ajarkan perkataan yang boleh menggambarkan emosinya supaya dia boleh meluahkan perasaan secara tidak langsung.
-
Ajar skil penyelesaian masalah kepada mereka kerana kebanyakan anak yang sensitif akan mudah berasa tidak selesa dan cepat berubah emosinya. Dengan kemahiran ini dia akan menghadapi situasi yang tidak disukainya dengan baik tanpa perlu mengelak.
No comments:
Post a Comment