Menu

Ibu Yang Ada Anak Demam Kuning, Boleh Cuba Petua Mandikan Bayi Dengan Air Asam Jawa Campur Kucai


Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.
Ada beberapa petua yang boleh dilakukan oleh ibu untuk menghilangkan demam kuning bayi dengan cepat.

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum pati kurma ( jual di kedai arab), 2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice dan pati kurma juga mampu membanyakkan susu ibu.

3. Elakan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4. Para ibu dinasihatkan tidak memakan seperti lada hitam, jamu, halia kerana bahan tersebut boleh memyebabkan jaundice lambat pulih.

Amalan petua Melayu lama jangan di lupa. Cuba ikhtiar mana tahu serasi dengan bayi anda.

Petua 1
- Asam jawa 1 genggam
- Ramas sehingga hancur
- Kucai 1 cekak
- Blender sehingga hancur dan tapis

Selesai semua tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal, masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam-suam, mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

Petua 2
Sengkuang Cina

Kupas kulit, tumbuk pastikan lesung batu di rumah di cuci dahulu mengunakan pencuci khas cucian botol susu, tapis berulang-ulang supaya tiada sisa-sisa sengkuang

Titik ke dalam mulut baby, sengkuang cina di percayai menyejukan badan,

Di ingatkan pemberian sengkuang cina pada bayi bukan seperti pemberian susu kepada bayi, hanya sedikit sahaja tujuan merawat secara tradisional

Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari zon jaundice @ penyakit kuning

Sumber: FB Cahaya Mata
 

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →