Bila ada anak kecil macam-macam perkara yang di luar jangkaan kita boleh berlaku. Semakin anak membesar, semakin aktif dan bijak dia meneroka maka semakin tinggilah risiko dia terdedah pada bahaya.
Tabiat suka mengutip objek dan masukkan ke dalam mulut di kalangan bayi kecil boleh meningkatkan risiko mereka tercekik. Bagi anak yang sudah besar sikit, tabiat mereka yang suka makan sambil berlari dan ketawa juga boleh menyebabkan masalah tercekik.
Jangan main-main bab anak tercekik objek kecil atau makanan, kalau tidak diberi bantuan segera boleh mengundang maut! Maka bagi yang bergelar ibu ayah, wajiblah mempelajari bantuan kecemasan asas untuk menyelamatkan nyawa si kecil sebelum dibawa ke hospital berjumpa doktor.
Dr Ahmad Firdaus berkongsi video bagaimana bantuan kecemasan boleh diberikan sekiranya anak kecil anda tercekik.Sambil bersantai di rumah, tiba-tiba anak kecil kelihatan batuk dengan kuat. Semakin lama, batuknya semakin perlahan sehingga tiada lagi pernafasan.Apa yang harus dilakukan?
Nak bawa terus ke klinik, perjalanan memakan masa hampir 5 minit. Dalam masa 5 minit jantungnya boleh terhenti akibat salur pernafasan yang tersumbat.Sebelum bantuan tiba, lakukan langkah-langkah BANTUAN KECEMASAN. Tonton video ringkas yang saya hasilkan ini.
Share dan like video ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh ketahui bantuan asas ini.
Anda boleh membantu.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia
#andabolehmembantu
#basiclifesupport #bls
#paediatricchoking
Sumber: Facebook Ahmad Firdaus
No comments:
Post a Comment