Home
Tips Sihat
6 Doa Yang Ibu Kena Amalkan Sejak Mengandung Sampai Melahirkan Supaya Anak Mudah Dengar Kata. InsyaAllah!
6 Doa Yang Ibu Kena Amalkan Sejak Mengandung Sampai Melahirkan Supaya Anak Mudah Dengar Kata. InsyaAllah!
Bila disahkan mengandung, bakal ibu sanggup mengamalkan apa sahaja doa, pemakanan dan tips yang orang kongsi supaya dapat melahirkan anak yang sihat dan bijak. Kalau dulu makan apa sahaja yang diingini tapi bila mengandung, automatik sanggup menahan diri daripada menjamah makanan yang kurang berkhasiat.
Semuanya demi anak yang dikandung. Begitu juga dengan segala tip serta amalan untuk merangsang otak anak bijak. Ibu mengandung rela bersusah payah demi mendapat anak yang berakhlak mulia dan mudah mendengar kata.
Kalau anda sedang mengandung, maka wajib lakukan amalan doa seperti dikongsi oleh ibu ini, Puan Tohirah Sufi yang juga seorang pakar motivasi.
Inilah amalan yang diamalkan oleh beliau sejak belum mengandung, ketika mengandung dan sehingga kini anaknya baru berusia lima bulan.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung ..
Sedikit tips untuk kita kongsi bersama:
1. Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca,moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir nama Allah
Ya Badi' Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan,petunjukNya dan kelembutan)
Ya Kholiq Ya Bari' Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikan anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga,amankan dan sejahterakan anak)
3. Amalan bila anak dah lahir
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian,susukan, bacalah :
Bismillahirrahmanirrahim:
Allahumma faqqiha fid din, wa'alimha fit takwil (utk anak perempuan).
Maknanya : Ya Allah, jadikan lah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil.Aameen.
4. Doa sambil usap rambut dan kepala anak
Sambil2 usap rambut dan kepala anak,baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Amalan doa ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah,Yusof,Al Luqman
Moga jiwa anak terpelihara,cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Amalan banyakkan susu ibu
InshaAllah. Meriahkan susu ibu dengan amalan surah al-Hujurat.
Sedikit perkongsian dr hamba Allah yang kerdil.Semoga dimanfaatkan bersama.
Sumber/Foto: Tohirah Sufi via Mingguan Wanita
6 Doa Yang Ibu Kena Amalkan Sejak Mengandung Sampai Melahirkan Supaya Anak Mudah Dengar Kata. InsyaAllah!
Reviewed by admin
on
19:01
Rating: 5

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment