Menu

Tolong Jangan Letak Telefon Anda Dekat Dengan Kepala Anak Sewaktu Tidur. Ia Sangat Berbahaya Dan Boleh Menjejaskan Sel Otak



Boleh dikatakan ibu bapa akan menggunakan telefon sebelum tidur untuk melayari Facebook, IG, Whatsapp dan pelbagai lagi. Tapi tahukah anda bahawa apabila kita membiarkannya dan diletakkan dekat dengan kepala anak memberi kesan yang tidak elok.
Perkongsian dari seorang ibu ini benar-benar memberi membuatkan ramai ibu bapa tidak sedar dan ia wajar dijadikan peringatan untuk kita semua.

Menurut Nana Farhanah, perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil tidurkan dan susukan anak, sambil tu balas mesej atau whatsapp pelanggan, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar telefon dekat dengan kepala anak.
Allah, masa tu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat kesannya apabila smartfon ni terletak berdekatan dengan kepala anak.

Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni dekat dengan bahagian kepala?
Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya tau, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)

Antara risiko lain yang disebabkan smartfon terletak dengan kepala adalah:
- kanser
- tumor otak
- parkinson
- alzheimer
- sakit kepala/ migrain
- sakit mata/ rabun

Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi sebelum masuk tidur pastikan:

1.#dah_setel_semua_urusan berkaitan fon
2. #Matikan_Wifi_atau_Data
3. #Letakkan_fon_jauh_dari_tempat_tidur

Sumber: Facebook Nana Farhanah

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →