Menu

Mak-Mak Yang Suka Pakaikan Bayi Perempuan 'Headband', Pertimbangkan Dulu 6 Perkara Ini


  "Bestnya dapat baby girl, seronok dapat pakaikan macam-macam aksesori kepala yang cantik-cantik."

Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.

Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan 'headband' berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.

Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr.Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka. Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.

1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera. Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.

2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
Tulang dan otak bayi akan membesar setiap hari dan jika dipakaikan aksesori sepanjang masa, dibimbangkan akan membantutkan perkembangan tulang bayi secara tidak langsung walaupun ia bukan punca utama.

3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan. Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.

4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman. Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.

5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan. Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.

6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.


Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak. Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.


Kejadian yang berlaku kepada seorang ibu kepada bayi berusia 14 minggu di United Kingdom patut dijadikan pengajaran kepada semua ibu. Bayi tersebut dilaporkan mati akibat sesak nafas disebabkan headband yang dipakaikan menutup sebahagian hidungnya.

Tidak mahu perkara yang sama berlaku, ibu kepada bayi malang itu mengingatkan ibu lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Leanne Wilson berkongsi perkara tersebut di Facebook mewakili rakannya itu dan statusnya dikongsi oleh 80K netizen di UK.

Rakan saya baru saja kehilangan bayinya yang berusia 14 minggu. Selepas pulang dari bersiar-siar, bayinya tertidur lebih kurang 30 minit sementara dia mandi dan terlupa membuka headband yang dipakaikan.

Apabila dia kembali untuk menjenguk bayinya, reben pada headband tersebut sudah menutup hidung dan mulutnya. Bayinya sudah tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia. Bedah siasat yang dilakukan mendedahkan punca kematian adalah akibat kesukaran bernafas.

Dia mahu ibu-ibu baru yang lain tahu tentang bahaya yang ada pada aksesori kepala bayi.


Sumber: www.mirror.co.uk

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →