Menu

Ibu Boleh Cuba Cara Semulajadi Merawat Ekzema Anak Dengan Cepat.Tak Salah Untuk Ikhtiar Sebelum Melarat



Ramai ibu yang anaknya mengalami masalah ekzema rungsing bagaimana cara yang paling berkesan untuk merawat ekzema anak sebelum ia semakin melarat.

Memang sedih jika lihat anak asyik merengek dan menggaru kerana tidak selesa lebih-lebih lagi jika cuaca panas. Kalau anak demam pun kita dah susah hati, apatah lagi kalau anak sampai luka melecet.
Untuk membantu ibu yang mempunyai masalah merawat ekzema anak ada beberapa cara boleh dilakukan tanpa ubat doktor. Tak salah untuk mencuba kerana bahan yang digunakan pun selamat dan tidak ada bahan kimia.

Petua 1: Kunyit
Pasti ramai yang mengetahui khasiat kunyit terutama dalam merawat masalah kulit dan luka. Untuk merawat ekzema pada bayi atau kanak-kanak ambil kunyit hidup kemudian sapukan pada tempat ekzema, Insya-Allah ia akan berkesan dalam merawat penyakit itu dan menyembuhkan luka disebabkan kesan garu.

Petua 2: Minyak Zaitun
Minyak zaitun memiliki pelbagai manfaat, tidak hanya dapat menyedapkan masakan anda. Khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengurangkan keradangan. Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu minyak zaitun pada bahagian ekzema. Ia akan bertindak melembutkan kulit yang kering dan mengawal ekzema.

Petua 3: Lidah Buaya
Banyak petua yang dikongsikan mengenai khasiat menggunakan lidah buaya atau aloe vera. Ternyata tumbuhan ini memiliki 1001 khasiat untuk pelbagai penyakit termasuk ekzema.

Apa yang perlu dilakukan adalah menyapu lidah buaya pada ekzema. Amalkan sentiasa kerana ia ternyata memberi kelegaan dan merawat penyakit ini.

Lebih mudah jika tanam sendiri pokok itu di rumah kerana tumbuhan ini amat mudah ditanam dan dijaga selain mudah membiak. Ia juga boleh ditanam dalam pasu bunga.

Sumber: duniaherbs.com.my

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →