Menu

Tips Kesihatan Dalaman Wanita

WANITA DAN KECANTIKAN vs WANITA DAN KESIHATAN
Secara fitrahnya, Tuhan menjadikan wanita itu cantik. Cantik rupa paras, cantik tutur kata, cantik budi bahasa. Sebab itu wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan.  Cuba tanya ada tak wanita yang tak nak cantik?  Tak ada, kan?


Untuk nampak cantik, ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit sampai beribu ringgit. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya nak dirapikan, dihias, dirawat dan diserlahkan kecantikannya. Untuk memenuhi kehendak wanita yang nak nampak cantik, berlambaklah produk kecantikan dalam pasaran.
Tapi dari mana sebenarnya datangnya kecantikan seseorang wanita? Adakah dari bibir merah bak delima merekah? Dari pipi bak pauh dilayang? Pinggang ramping bak kerengga? Hidung mancung bak seludang? Atau rambut bak mayang mengurai?
Bukankah kecantikan tu sesuatu yang abstrak? Cantik di mata saya tak semestinya cantik juga di mata awak. Percayalah, tak ada wanita yang tak cantik.  Sekiranya anda dianugerahkan Allah dengan kecantikan paras rupa dan tubuh badan, bersyukurlah.  Dan bagi yang merasakan diri kurang cantik juga harus bersyukur.  Sebab ada yang lebih penting ialah dari kecantikan, iaitu kesihatan.
6 Tips Kesihatan Dalaman Wanita
Kesihatan dalaman sangat penting bagi seseorang wanita. Kita tentu tak mau wajah cantik tapi badan tak sihat. Kalau boleh kita nak dua-dua, kan?  Wajah yang cantik dan tubuh yang sihat. Sihat luar dan sihat dalam. Sebab bila kedua-dua kesihatan luaran dan dalaman terjaga, dengan sendirinya akan terserlah kecantikan seseorang wanita.
Macam mana nak dapat kesihatan dalaman?  Ada banyak petua orang dulu-dulu yang boleh kakak-kakak dan adik-adik amalkan.  Jom baca tips-tips di bawah.
Kurangkan Pengambilan Sayur-Sayuran Bersifat Sejuk

Kurangkan pengambilan sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air dan sebagainya. Kalau makan buah pula kurangkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan banyak air.  Jus lobak merah yang dicampur dengan madu elok untuk kesihatan dalaman.
Jangan Buang Air Kecil dan Besar Serentak

Jangan buang air kecil dan besar serentak, cuba lakukan satu per satu.  Dan jangan buang air kecil masa berada dalam air (kolam renang, tab mandi, sungai, laut) kerana boleh melemahkan kemantapan Cik V.
Bersihkan Cik V Selepas Hubungan Kelamin

Bersihkan Cik V selepas hubungan kelamin.Cik V yang bersih amat penting bagi semua wanita kerana sifat Cik V yang senang dijangkiti kuman.
Amalkan Jamu

Amalkan jamu.  Ramai wanita yang salah faham, ingatkan jamu diambil selepas melahirkan. Sebenarnya elok amalkan makan jamu selepas kedatangan haid yang pertama, maknanya elok amalkan sejak usia remaja lagi.
Berpantang Dengan Baik

Berpantang dengan baik.  Ikut semua rutin ketika berpantang seperti bertungku, berpilis, pakai bengkung, jaga pemakanan dan rehat secukupnya.  Ini bukan saja elok untuk kesihatan dalaman, tetapi juga untuk mengelakkan mendapat masalah meroyan.
Minum Air Rebusan Herba

Minum air rebusan herba.  Sudah diketahui sejak zaman berzaman herba mengandungi khasiat untuk tubuh badan kita.  Antaranya, air kunyit untuk kecutkan rahim.  Air rebusan halia untuk buang angin dalam badan, jus kurma untuk tenaga dan jus herba campuran untuk pulihkan Cik V.  
Ada banyak resipi jus herba campuran ni.  Salah satu daripadanya ialah campuran bawang putih, halia, lada hitam dan ibu kunyit yang ditumbuk dan kemudian dicampurkan madu dan ayam kampong sebelum terus diminum. Satu resipi lagi ialah air rebusan halia, kunyit, serai, daun pandan, gula batu, sireh dan manjakani.
KREDIT : ProfHariz


No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →