Menu

Rawatan Batuk Untuk Anak Berasaskan Nenas


Bila diserang batuk, tak kira orang tua atau pun anak kecil memang tak tahan dibuatnya. Kalau si kecil yang kena batuk, lagi kasihan melihatnya.Sudahlah meragam dan merengek, selera makan pun tak ada. Sudahnya ibu juga yang tak senang duduk melihat keadaan anak.
Kalau anak berusia bawah dua tahun, doktor biasanya memang tak bagi sebarang ubat batuk. Tapi adakalanya anak kecil yang sudah berusia dua tahun ke atas pun susah nak minum ubat batuk yang diberikan oleh doktor. Ibu boleh guna alternatif lain iaitu membuat sendiri ubat batuk secara semula jadi menggunakan buah nenas.
Petua menarik untuk merawat batuk ini dikongsikan oleh seorang ibu iaitu Puan Fiza dalam laman facebook beliau. Nyata ubat yang biasa diberi kepada anak-anaknya ketika batuk betul-betul mujarab.
JUS NENAS : UBAT BATUK
=======================
PERINGATAN : Diminum selepas makan untuk elak gastrik.
Alhamdulillah anak saya kurang batuk selepas minum jus nenas dicampur madu.
Cara buatnya:
(1) Kupas nenas dan kisar isinya dengan sedikit air.
(2) Tapis untuk mengasingkan jus nenas dan seratnya. Lebih mudah untuk anak-anak meminum jus nenas tanpa serat.
(3) Campurkan sedikit madu untuk memaniskan jus nenas agar anak menyukainya.
(4) Sedut 10ml jus nenas madu menggunakan syringe dan berikan pada anak 2-3 kali sehari mengikut keperluan.
(5) Simpan selebihnya dalam peti ais untuk diminum kemudian.
Kredit : Puan Fiza
Sumber: Facebook Petua Ibu

No comments:

Post a Comment

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →