Menu
Recent Post


Satu kuku panjang ibarat bela sekandang babi? Awas!! Inilah dosa bela kuku panjang & ikuti Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus


Di zaman sekarang ini, kita sering melihat banyak wanita yang suka memanjangkan kuku. Mereka suka menyerupakan dirinya dengan haiwan-haiwan buas, dengan memanjangkan kuku kemudian mereka mengecatnya dengan cat-cat kuku berwarna norak.


Sebagian dari mereka beralasan, kerana kuku yang panjang boleh menambah kecantikan. Lantas Bagaimana Hukum Memanjangkan Kuku Bagi Wanita Menurut Islam?
Perlu diketahui, bahwa Islam adalah agama yang sangat mencintai kebersihan. Kebersihan pada kuku pun diperhatikan oleh Islam. Hal ini tampak dari beberapa hadits nabawi, salah satunya riwayat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, vahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْآبَاطِ
Ada lima macam fitrah , iaitu : khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (HR. Bukhari no. 5891 dan Muslim no. 258)
Jika kuku yang kita miliki tidak bersih, maka makan pun jadi tidak bersih disebabkan kotoran yang melekat di bawah kuku. Karenanya memanjangkan kuku itu menentang fitrah dan menyelisihi ajaran syariat.
Riwayat lain dari Al Baihaqi dan Ath Thabrani bahwa Abu Ayyub Al Azdi berkata,
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَسَأَلَهُ عَنْ خَبَرِ السَّمَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« يَسْأَلُ أَحَدُكُمْ عَنْ خَبَرِ السَّمَاءِ ، وَهُوَ يَدَعُ أَظْفَارَهُ كَأَظْفَارِ الطَّيْرِ يَجْمَعُ فِيهَا الْجَنَابَةُ وَالتَّفَثُ ». لَفْظُ الأَسْفَاطِىِّ هَكَذَا رَوَاهُ جَمَاعَةٌ عَنْ قُرَيْشٍ.
Ada seseorang yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia bertanya pada beliau mengenai berita langit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Ada salah seorang di antara kalian bertanya mengenai berita langit sedangkan kuku-kukunya panjang seperti cakar burung di mana ia mengumpulkan janabah dan kotoran.”
Hukum Memanjangkan Kuku Bagi Wanita mahupun Pria adalah makruh menurut kebanyakan ulama. Namun jika memanjangkannya atau membiarkan kuku tersebut panjang selama lebih dari 40 hari, Maka hal ini diharamkan. Pendapat yang mengatakan haram ini dipilih oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author. Dalil pembatasan 40 hari untuk batas waktu memotong kuku adalah perkataan Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dibawah ini.
وُقِّتَ لَنَا فِى قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Kami diberi batasan dalam memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, iaitu itu semua tidak dibiarkan lebih dari 40 malam.” (HR. Muslim no. 258).
Yang dimaksud hadits diatas adalah jangan sampai kuku dan rambut-rambut atau bulu-bulu yang disebut dalam hadits dibiarkan panjang lebih dari 40 hari. (Syarh Shahih Muslim, 3: 133).
Jika ada wanita muslimah yang terlihat kuku panjangnya selalu tampak bersih, itu karena ia rajin membersihkannya. Dan hal ini tentu saja memerlukan waktu ekstra dan mengeluarkan biaya lebih untuk perawatan manicure, pedicure dan sebagainya. Hal seperti ini merupakan salah satu sikap mubadzir yang sangat dilarang oleh Islam. Hal ini akan membuat membazir duit untuk hal-hal yang tidak berguna.
Imam Nawawi rahimahullah berkata,
وأما التوقيت في تقليم الاظفار فهو معتبر بطولها: فمتى طالت قلمها ويختلف ذلك باختلاف الاشخاص والاحوال: وكذا الضابط في قص الشارب ونتف الابط وحلق العانة
Adapun batasan waktu memotong kuku, maka dilihat dari panjangnya kuku tersebut. Ketika telah panjang, maka dipotong. Ini berbeza satu orang dan lainnya, juga dilihat dari kondisi. Hal ini jugalah yang jadi standar dalam menipiskan kumis, mencabut bulu ketiak dan mencabut bulu kemaluan.” (Al Majmu’, 1: 158).
Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah berkata bahwa memotong kuku, mencukur bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak disunnahkan di hari Jumat.
Kuku yang tidak bersih bisa membawa dampak masalah. Apa masalahnya? Imam Nawawi menjelaskan, “Seandainya di bawah kuku ada kotoran namun masih membuat air mengenai anggota wudhu karena kotorannya hanyalah sedikit, wudhunya tetaplah sah. Namun jika kotoran tersebut menghalangi kulit terkena air, maka wudhunya jadilah tidak sah dan tidak boleh menghilangkan hadas.”
Selain itu, Kuku yang panjang juga boleh menjadi sarang syaitan dan tempat persembunyian mereka. Dalam sebuah hadits Rasulullah shallallahu alaihi wasallam  bersabda: “Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendeklah) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (dengan sihir, rayuan, dan godaan melalui) kuku-kuku yang panjang. ” (HR. Ahmad)
Dari hadits di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa secara tidak langsung Rasulullah menganjurkan pada umatnya baik laki-laki mahupun perempuan untuk memotong kuku-kuku nya dan juga melarang untuk memanjangkannya (kerana itu mudah untuk digoda syaitan).

Berikut penjelasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai kuku panjang didalam Islam.


Sejak dahulu lagi rata-rata masyarakat mengatakan air kelapa memiliki kesan yang paling mujarab pada kesihatan manusia.

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

KREDIT
0


Pernah tak anda memerhatikan kelakuan anak yang berusia dua hingga enam tahun? Walaupun anda sibuk dengan bermacam urusan, cuba ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan anak anda. Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar sebagai anak yang lebih cemerlang di masa depan.
Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak lingkungan usia tersebut. Cuba perhatikan, adakah sama dengan anak anda?
1. Suka tanya banyak soalan
Jangan cepat marah, itu tandanya otak anak anda sedang ligat berfikir. Banyak bertanya soalan bermaksud mereka sedang belajar banyak perkara.
2. Suka berlari dan melompat
Itu maksudnya anak anda seorang yang aktif dan ceria. Ada banyak perkara di sekelilingnya yang hendak diterokai. Bawalah anak buat aktiviti di padang yang luas supaya dia bebas meneroka dengan berlari dan melompat dalam persekitaran yang selamat.
3. Suka menyepahkan rumah
Tingkah laku menyepah bukan terhad kepada permainannya sendiri tetapi juga barang-barang rumah seperti mangkuk, sudu, cawan plastik di dapur, tudung ibu, sapu tangan atau pakaiannya sendiri dan bermacam lagi. Itu sebenarnya petunjuk yang anak anda seorang yang kreatif ketika bermain. Otaknya kreatif berfikir di luar kotak. Mungkin dia bosan dengan mainan yang sama, jadi dia membuat mainan sendiri menggunakan barangan di persekitarannya/
4. Suka bercakap sendiri
Jangan cepat panik dan anggap anak anda bercakap dengan makhluk halus. Sebenarnya itu adalah tingkah laku kanak-kanak normal. Mereka sedang berimaginasi dalam dunia sendiri. Imaginasi membantu kanak-kanak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.
5. Tak boleh duduk diam
Mungkin anda boleh bagi dia buat aktiviti seperti melukis, mewarna, bermain lego untuk membolehkan dia duduk diam seketika.
6. Kuat menangis
Adakah anak anda jenis macam itu? Mungkin dia jenis anak yang suka diberikan perhatian. Cuba luangkan lebih masa dengan anak dan layan segala kemahuannya bermain bersama. Dalam masa yang sama pujuk dan beritahu anak supaya jangan suka menangis kerana ibu/ayah sentiasa ada bersamanya.
7. Bercakap pelat
Jangan ketawakan anak yang bercakap pelat nanti dia ingatkan itu perkara yang lucu. Layan percakapannya tetapi dalam masa yang sama betulkan kesilapan perkataan pelat yang diucapkan.
8. Tak boleh berenggang
Mungkin dia pernah melalui pengalaman ditinggalkan oleh anda (pergi kerja) tanpa memberitahunya. Jadi, anak takut akan ditinggalkan lagi membuatkan dia tak mahu berenggang dengan anda. Cuba tenangkan anak dan selalu beritahunya ke mana anda pergi. Lama-kelamaan dia akan faham dan tidaklah asyik hendak 'melekat' sahaja.
9. Suka main lawan-lawan
Biasanya ini berlaku di kalangan anak lelaki. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh hasil kekerapan mereka menonton rancangan kartun yang banyak aksi berlawan dan bergaduh. Cuba pantau apa yang mereka tonton dan mungkin perlu kurangkan kekerapannya. Sebaliknya salurkan keaktifan dan minat mereka berlawan dengan menyertai aktiviti taekwando dan sebagainya.
 10.Menconteng dinding rumah
Puas membebel dan melarang tetapi anak tetap suka membuat hasil karyanya di dinding rumah. Siapa tak angin tapi jangan larang minat dan kreativitinya. Sebaliknya korbankan sedikit ruang dinding rumah anda sebagai tempat khas untuk anak menconteng apa sahaja. Anda boleh menjadi kreatif dalam soal mengubahsuai dekorasi kediaman.
Sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing. Walaupun mereka nampak 'nakal' dan sukar dikawal tetapi kadangkala kreativiti anda dalam mendidik boleh menjadikan mereka anak yang bijak dan pintar di masa hadapan. Yang penting salurkan tingkah laku yang 'annoying' tersebut ke arah yang betul.
0


Siapa ada anak kecil mesti biasa masak sosej untuk mereka. Kanak-kanak memang suka makan sosej sebagai snek atau kudapan waktu pagi atau petang. Tapi kalau kerap sangat makan sosej pun tak berapa elok sebab ia termasuk dalam kategori makanan segera yang diproses.
Makanan diproses terkenal dengan kandungan pengawet dan garam yang tinggi. Sudah tentu ia tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang anak. Kalau anak anda jenis yang suka sangat makan sosej, cubalah buat sendiri. Lebih berkhasiat, terjamin bersih dan halal.

Boleh cuba resipi perkongsian Puan Siti Zarina Jaidon dalam facebook beliau.
Resepi sosej ayam
1 kg Isi Ayam
1 1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
1 gelas air / stok ayam
♡ boleh tambah /tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.
Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk

2. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

3. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim.
Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

4. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.


5. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku.

6. Sosej ayam siap di goreng
Selamat mencuba
Sumber: Facebook Siti Zarina Jaidon


0

Author

authorHello, my name is Jack Sparrow. I'm a 50 year old self-employed Pirate from the Caribbean.
Learn More →